Mungkin ada di kalangan kita, apabila diajukan soalan di manakah
lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed
broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun
Eropah.
Namun sebenarnya bukan negara-negara di atas yang memiliki internet
terlaju di dunia, sebaliknya Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan
internet terpantas di dunia. Menjelang tahun ini, pengguna internet di
Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa
dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan
dengan kadar yang luar biasa. Perkhidmatan jalur lebar yang pertama
dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua
tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di
dunia.
*PERTAMA DI DUNIA* Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan
dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah
mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur
lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses
internet sehinggan 1mbps.
Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor
swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga
1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk
menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps.
Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama
di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil
dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.
Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian
Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839. Kedua-dua memfokus kepada
mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan
berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk
telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan
peralatan lain.
*BCN TERBAIK DUNIA* Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium
yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom
(SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan
sendiri. Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN
terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur
lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian
tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar. BCN diikuti oleh
rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan
antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur
lebar dengan 1 kelajuan Gbps.
*NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR* Pada awal tahun 2011, Korea
Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan
kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang
membandingkan 16 buah negara. Korea Selatan telah membuat satu pelan
induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya
strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat
terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada
sebarang masalah.
Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan
kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang
untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta.
Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek
menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada
para ahli politik. Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea
Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang amat luar biasa kepada
penduduk mereka?
*KE ARAH HARI ESOK* Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat
potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan.
Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap
kehidupan. Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin
jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap
di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar
ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online,
menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.
Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari
maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang
secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan
sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka. Internet adalah
satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama,
memudahkan segala perkerjaan. Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan
sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi
dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar
di dunia pada tahun lepas.
*INSENTIF* Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar
sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah
memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta
membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat
menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka,
menggalakkan persaingan dan inovasi.
Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar
dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh
memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan
menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan
jalur lebar kepada pengguna. Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi
insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak
lagi pengguna melanggan talian tetap. Tambahan dengan persaingan sihat
di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang
ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan
pengguna.
Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk
mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah
meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada
tahun 2012.
*NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN* Di negara kita, kelajuan internet
paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps,
manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs
untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan
42mbps .
Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi
negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami
krisis ekonomi 1997. Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang
sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan
jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.
Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan
yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital. Penduduk mereka
boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti
definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar
sewa DVD.
Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi
untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara,
peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan
pekerjaan pada masa depan. Petani menggunakan internet sebagai wadah
untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.
Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli
buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini
sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar
Sumber : http://blogslucumenarik.blogspot.com
Korea Selatan : Internet paling maju di dunia
Unknown | 13.58 | 0
komentar
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Label:
News
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar
===> Tinggalkan komentar
===> Jika minta backlink tinggal komen saja
===> Jika memfollow blog saya tinggalkan komentar
===> Salam Blogger