Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan-ungkapan di atas. Ianya ungkapan-ungkapan benar untuk meluahkan betapa kasih dan sayangnya ibu pada anaknya, sehinggakan syurga ibarat berada di bawah tapak kaki ibu. Itu melambangkan betapa mulianya seorang ibu.
Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.
Amat mulianya ibu, sehinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri. Bagi mereka yang masih ada ibu, kasihilah ibu anda kerana ibu anda hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi tinggallah kita di dunia ini tidak beribu lagi. Bagi mereka yang ibuya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan menjadi manusia yang berguna.
Buat semua yang bergelar ibu, diucapkan selamat hari ibu. Buat bonda saya, Pn Rafiah bt Awang Hamat, anakanda ucapkan selamat hari ibu, kasih bonda yang bonda curahkan pada anakanda akan anakanda jadikan pembakar semangat untuk anakanda terus menjadi manusia yang berguna dan meniti hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagaimana yang bonda harapkan. Bonda, doakanlah anakanda ini, anakanda tidak pernah tidak perlu pada doa bonda. Anakanda sayang amat pada bonda.
Saya tujukan video ini buat semua ibu seluruh dunia (khasnya ibu saya), kalian lambang kasih sayang sejati
Para ibu sekalian, curahkanlah kasih sayang pada anak kalian, didiklah mereka menjadi manusia berguna, bimbinglah mereka ke syurga.
Sumber : http://www.macam-2.com/2011/05/terima-kasih-ibu-kasihmu-tiada-taranya.html